Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik KPTM merupakan satu badan induk pelajar (bukan Penaung) sebagai satu landasan bagi semua pelajar menyalurkan isu-isu/maklumat peringkat bawah kepada peringkat atasan (sebaliknya) samada kepada Pengarah atau mana-mana pegawai tinggi kerajaan malah boleh menyampaikannya kepada Menteri KPTM melalui forum dan majlis yang dibenarkan/disediakan.JPP diwakili oleh sebilangan pelajar yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif atau Pengarah. Hanya JPP yang terpilih sahaja mendapat pengiktirafan pengurusan apabila mereka mendapat Watikah Perlantikan berbanding pengerusi kelab dan persatuan. Selain itu perihal JPP juga terkandung di dalam Jadual III (Seksyen 7, 8, 22 dan 23), Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) Pelajar 1976. Objektif penubuhannya ialah untuk melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pelajar disamping sebagai saluran maklumat berkaitan dengan kebajikan kepada pihak pengurusan. Penubuhan JPP berasaskan kepada peruntukan undang-undang yang terkandung di dalam Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) Pelajar 1976 di dalam Seksyen 7 yang menyatakan “Sesuatu Institusi hendaklah mempunyai suatu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga hendaklah dipakai bagi Jawatankuasa itu dengan syarat bahawa Menteri boleh, menurut budibicara mutlaknya, membuat, dengan perintah yang disiarkan dalam Warta, apa-apa ubahsuaian, penyesuaian, tambahan, potongan atau pindaan sebagaimana yang difikirkannya perlu dan bermenafaat kepadanya dalam pemakaiannya bagi mana-mana Institusi atau klas atau perihal Institusi tertentu”
Saturday, October 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment