Sunday, October 19, 2008

Biro TataNegara (BTN)


Selesai sahaja MSK Sesi Julai 2008, tiba giliran semua pelajar senior PKS mendaftarkan diri di Politeknik Kuching Sarawak pada tarikh 15 Julai 2008. Pada tarikh 22hb - 24 hb Julai semua AJK MSK telah menghadiri jemputan dari Jabatan Perdana Menteri iaitu program Biro TataNegara (BTN) yang bertempat di Kem Belia Mukah Sarawak. Program ini telah dihadiri oleh dua buah politeknik, iaitu Politeknik Kuching Sarawak (PKS) dan Politeknik Mukah Sarawak (PMU).


Tujuan program ini diadakan adalah untuk melatih belia di IPTA menjadi pemimpin yang intelek supaya dapat memimpin diri sendiri dan orang lain semasa berada di IPTA masing-masing. semasa berada di kem itu, semua pelajar dapat banyak pengalaman yang tidak di duga. Contohnya ialah seperti tidur didalam khemah, masak makanan sendiri dan belajar berdikari. Banyak aktiviti yang dijalankan semasa di dalam kem ini, antaranya seperti aktiviti dari segi fizikal dan mental.


1 comment:

anonymous said...

kenapa JPP tak aktif? tidak dengar suara pelajar?